Hi, welcome to my blog :) please don't be copy cat okay, just follow hee :D Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Nov 26, 2010

rumput ouh rumput


pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya kepada gurunya .
ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang .

pelajar : cikgu, macam mane kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang ? macam mane kasih sayang itu berkekalan ?
cikgu   : ok, kamu ikut ape yang saye suruh . kamu pergi ke padang . kamu berjalan diatas rumput sambil memandang rumput di depan kamu . pilih yang tercantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekalipun . dah petik tu, bawa ianya ke kelas .

apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput di tangannya . cikgu bertanya ...

cikgu    : mana rumputnya ?
pelajar : tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik . memang ade banyak yang cantik, tapi cikgu kate petik yang paling cantik . maka saya pun terus berjalan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang . tapi sampai ke hujung, saya tak jumpa rumput yang paling cantik . mungkin ada diantara belakang saya tadi
rumput yang paling cantik tapi cikgu tak membenarkan saya menoleh ke belakang lagi, tiadalah rumput
yang saya petik .
cikgu    : ya, itulah jawapannya . maknenye, ape bila kita telah berjumpa dengan seseorang yang disayangi, janganlah kita mencari yang lebih dari itu dan  kita patut hargai orang yang berada di hadapan kita sebaik mungkin . janganlah ditoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku . semoga yang berlalu tidak berulang lagi dan ingatlah orang yang kita sayang itulah yang paling cantik dan baik . seperti rumput tadi .

No comments:

Post a Comment